#

Media Coverage

 

LIMA 2017 dilancar
Kosmo!, Kuala Lumpur
23/06/2016 5:01pm

KUALA LUMPUR - Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini menyempurnakan pelancaran Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2017 (LIMA 2017).

Pelancaran acara paling berprestij di Asia Tenggara itu dilakukan di Kementerian Pertahanan di sini.

Hadir sama Timbalan Menteri, Datuk Seri Mohd. Johari Baharum, Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin dan Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi.

Turut hadir Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Raja Moha­med Affandi Raja Mohamed Noor; Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Roslan Saad dan Timbalan Panglima Tentera Laut, Laksamana Madya Datuk Anuwi Hassan.

Dalam ucapannya, Hishammuddin menjangkakan lebih banyak pempamer yang akan menyertai pameran tersebut kerana LIMA kini mempunyai kedudukannya yang tersendiri. - K! ONLINE