#

Media Coverage

 

LIMA 2017 lebih hebat
KHAIRULANUAR YAHAYA | Utusan Online, Kuala Lumpur
23 Jun 2016 4:58 PM


HISHAMMUDDIN Tun Hussein pada majlis pelancaran LIMA 2017 di Wisma Pertahanan, Kuala Lumpur hari ini.

KUALA LUMPUR 23 Jun - Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2017 disasarkan lebih hebat berbanding LIMA 2015.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata,LIMA 2017 yang akan berlangsung pada 21 hingga 25 Mac tahun depan disasarkan menarik penyertaan 550 pempamer daripada 38 buah negara.

“LIMA 2017 juga disasarkan mempamer 80 pesawat dan 68 kapal perang dan bot. Kita juga mensasarkan 40,380 delegasi dan pengunjung,” katanya pada majlis pelancaran LIMA 2017 di Wisma Pertahanan di sini, hari ini.

Selain pelancaran logo LIMA 2017, Hishammuddin turut menyerahkah 14 watikah Ahli Jawatankuasa LIMA 2017.

Untuk rekod, LIMA 2015 mencatatkan sejarah penganjuran terbaik sejak pameran udara dan maritim itu berlangsung pada tahun 1991.

Pameran tersebut disertai 512 pempamer daripada 36 negara dengan 78 pesawat dan 54 kapal perang dipamerkan.

LIMA 2015 turut menyaksikan kehadiran 39,684 deligasi dan pengunjung serta menyaksikan perjanjian bernilai RM9.29 billion ditandatangani. - UTUSAN ONLINE