#

Media Coverage

Back

Mat Sabu ke Indo Defence 2018
myMetro, Kuala Lumpur
07 Nov 2018

Kementerian Pertahanan Malaysia dengan kerjasama Majlis Industri Pertahanan, Penguatkuasaan dan Keselamatan Malaysia (MIDES) turut mengambil bahagian dalam Pameran Indo Defence 2018 dengan penyertaan Pavilion Malaysia membabitkan sembilan pemain industri pertahanan tempatan.

Ia terdiri daripada syarikat EN Projects (M) Sdn Bhd, DSA Exhibition & Conference Sdn Bhd, Deftech, Sapura, Weststar, Systematic Aviation, Aerospace Technology Systems Corporation dan Advanced Defence Systems.

Penyertaan Pavilion Malaysia dalam Pameran Indo Defence kali ini adalah yang keempat sejak penyertaan kali pertama pada 2012.

Perasmian dan Resepsi Pavilion Malaysia ini juga telah disempurnakan oleh Menteri Pertahanan Malaysia.

Pada majlis itu juga, Menteri Pertahanan turut menyaksikan majlis penyerahan kontrak penyertaan oleh syarikat BAE Systems, Thales, Hindustan Aeronautics Limited (HAL), Leonardo dan Ukrspecexport kepada Pengerusi EN Projects (M) Sdn Bhd, Laksamana Tan Sri (B) Mohd Anwar Mohd Nor sempena Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2019 (LIMA ‘19) yang akan berlangsung 26 hingga 30 Mac tahun depan.

Pengerusi DSA Exhibition & Conference Sdn Bhd, Tan Sri Asmat Kamaludin menerima penyerahan persetujuan penyertaan DSA 2020 dari syarikat dalam dan luar negara.

Syarikat yang terbabit adalah AVP Engineering (M) Sdn Bhd, Advanced Defence Systems Sdn Bhd, MBDA, Milkor, Republic Czech Pavilion, Sapura Secured Technologies dan Weststar Defence sempena Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia 2020 (DSA 2020/NATSEC Asia 2020) yang bakal diadakan di Kuala Lumpur pada April 2020.